Sunday, August 17, 2008

Apakah Fakta Sebenar "Sumpah Lakhnat"?

Apakah Fakta Sebenar "Sumpah Lakhnat"?

Saya terpanggil untuk menghantar pendapat ini kerana rasa ingin tahu saya mengenai sumpah lakhnat yang hangat dibicarakan sekarang apabila bekas pembantu peribadi kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, Saiful Bukhari Azlan mengangkat sumpah bahawa beliau sememangnya benar-benar diliwat oleh Datuk Seri Anwar. Tindakan Saiful itu mengundang pelbagai reaksi dari pelbagai pihak. Namun apa yang menjadi tanda tanya pada saya ialah semua pandangan, pendirian dan kenyataan baik pemimpin dan mereka yang arif dan pakar dalam ilmu agama semuanya adalah berbeza dan mengelirukan. Apakah sebenarnya hukum dan tatacara pelaksanaan sumpah lakhnat dalam Islam? itulah persoalan yang bermain difikiran saya dan saya percaya ramai lagi rakyat malaysia yang beragama islam ingin tahu kebenarannya. Soal siapa yang benar dan salah dalam kes liwat antara Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Saiful Bukhari Azlan ini tidak penting bagi saya. Apa yang penting didalam hal ini ialah, saya sarankan agar semua mufti, ulama, pemimpin agama supaya berpakat dan membuat satu persefahaman berkenaan hukum sumpah lakhnat ini dan keputusannya disebarkan kepada umum agar kekeliruan ini dapat diselesaikan dan ditambah pula ada mufti dari negeri lain yang menggelar mufti dari negeri lain sebagai "terlebih pandai" Apakah semua ini? Dimanakah kesepakatan? Dimanakah kesefahaman? Inikah contoh yang baik yang perlu kita tunjuk kepada penganut agama lain. Berikut adalah petikan pandangan dan pendirian beberapa pemimpin politik, mufti, pakar agama islam dan ulamak yang mana semuanya berbeza:

Perdana Menteri

"Mungkin ia dipertikaikan sesetengah pihak kerana (cara bersumpah itu) tidak betul tetapi hatinya (Mohd. Saiful) ada sesuatu berupa niat hendak melahirkan sesuatu atas nama Allah, kita perlu memahami dan tidak memperlecehkannya.
http://www.utusan.com.my

Nik Aziz

sumpah menggunakan al-Quran bercanggah dengan Islam.
menyamai apa yang dilakukan oleh orang-orang Kristian yang bersumpah menggunakan Bible.
orang Islam tidak perlu bersumpah di masjid, sebaliknya boleh bersumpah di mana-mana sahaja asalkan ianya sumpah yang menepati Islam.
Islam hanya menerima sumpah dengan menyebut Wallahi, Wabillahi, Watallahi
www.paspenang.blogspot.com

Hadi Awang

Sumpah yang diucapkan oleh Saiful juga, ujar beliau hanya boleh dilakukan oleh isteri atau suami yang menuduh pasangan mereka melakukan zina.
Hukum yang disebut sebagai li’an dalam perundangan Islam ini, jelasnya tidak boleh dilakukan oleh orang yang tidak mempunyai hubungan perkahwinan seperti dalam kes liwat Saiful.

http://www.harakahdaily.net
anwaribrahimblog.com

Wan Azizah

sumpah yang dibuat oleh Mohd Saiful Bukhari Azlan semata-mata bertujuan menjatuhkan maruah dan karier politik suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim
"Sumpah banyak kali pun, tetapi kalau tiada bukti dan doktor dah sah tiada apa-apa, sumpah dia tak boleh dipakai," katanya kepada pemberita di pusat penamaan calon pilihanraya kecil itu di Dewan Aminuddin Baki di Institut Perguruan Tuanku Bainun hari ini.
http://www.malaysiakini.com/

Anwar Ibrahim

sumpah yang dilakukan oleh bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan, 23, sengaja dibuat bagi menafikan peluangnya untuk memenangi pilihan raya kecil kerusi Parlimen Permatang Pauh 26 Ogos ini.
''Nak bukti apa lagi. Laporan dah keluar. Tiada liwat. Ini dia (Mohd. Saiful) pula nak sumpah. Kes ini tidak ke mana. Sebab itu dia tau kes ini tidak ke mana, jadi dia malukan saya dan aibkan saya semasa pilihan raya kecil Permatang Pauh.''Dulu saya dituduh meliwat dan saya yang dipenjarakan,"
http://www.utusan.com.my

Mufti Perak, Dato’ Seri Harussani Zakaria

“Tiada kaedah langsung kena sumpah dengan al-Quran, itu meniru budaya agama lain, sumpah yang ada dalam Islam cuma ‘Wallahi, Wabillahi, Watallahi’,” tegasnya.
http://www.harakahdaily.net
anwaribrahimblog.com

Bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Dato’ Hashim Yahaya

kes yang dituduh kes atas Anwar adalah yang membabitkan hukum kazaf, bukannya li’an.
“Sumpah hanya diterima dalam kes suami isteri atau li’an. Menyuruh tertuduh bersumpah dalam kes membabitkan kazaf menyalahi hukum syarak,” tegasnya ketika dihubungi.
http://www.harakahdaily.net
anwaribrahimblog.com

Prof. Datuk Dr. Mahmood Zuhdi Abdul Majid
Pensyarah Jabatan Fiqh, Kuliyyah Ilmu Wahyu Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

"Beliau percaya apa yang dilakukan oleh Mohd. Saiful adalah untuk mengurangkan beban yang dihadapinya."
http://www.utusan.com.my

Zainul Rijal Abu Bakar.
Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia


"Sumpah tersebut ada pemberatnya atau taghliz alyamin kerana ia dibuat pada waktu Asar di hari Jumaat di sebelah mimbar masjid dengan nama Allah yang merupakan pemberatnya,"
http://www.utusan.com.my

Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin
Mufti Perlis


"Semua orang tidak tahu siapa yang betul dan siapa yang bohong. Jadi bagi membantu menyelesaikan kekalutan isu liwat ini, saya syorkan kedua-dua mereka ini bermubahalah. Mereka juga hendaklah bersumpah dengan menyebut Wallahi, Wabillahi, Watallahi. Saya tidak melakukannya,” katanya."
http://drmaza.com

Friday, June 20, 2008

BAHAYANYA SI ANWAR IBRAHIM

Asalamualaikum,

Memang bahaya si Anwar ni... saya percaya, jika Anwar berjaya menjadi Perdana Menteri Malaysia ada 2 kemungkinan yang boleh berlaku yang mana kedua-dua kemungkinan ini boleh menyebabkan negara menuju kehancuran:

KEMUNGKINAN PERTAMA


1). Anwar akan mengamalkan pemerintahan dengan konsep KEADILAN (ADIL KE?)kepada semua kaum dan sedikit demi sedikit akan menghakis hak orang-orang Melayu. Ini terbukti dengan setiap ucapan yang dibuat semasa kempen pilihanraya yang lalu dan kita boleh lihat pelaksanaannya di semua negeri yang dimenangi oleh Pakatan Rakyat terutamanya di Perak dan Selangor seperti: pembinaan kandang babi, pertambahan rumah ibadat bukan Islam, pemilikan tanah, status tanah rezab orang melayu, tidak menghormati sultan sebagai ketua agama islam, suara media orang melayu seperti Utusan Malaysia akan disekat dan banyak lagi perubahan drastik yang akan menghakis hak keistimewaan orang melayu. Mereka akan menekankan bahawa setiap orang berhak dan semua orang perlu berusaha untuk menikmati kekayaan negara, siapa cepat dia dapat, siapa mampu dia yang berjaya. Ini sudah tentu akan menyebabkan orang melayu semakin terpinggir kerana umum mengetahui orang melayu masih lagi perlu dirawat dan perlu terus dirawat agar dapat duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan kaum2 yang lain. Lagi pun Malaysia ini adalah tanah asal milik orang melayu dan kita sebagai orang melayu berhak sampai bila-bila. Anwar selaku Perdana Menteri ketika itu dan lembu-lembu PKR dan Pas yang lain seperti Tan Sri Khalid, Azmin Ali, Nurul Ezzah, Datin Seri Wan Azizah, Datuk Seri Mohd Nizar (YANG TAK SEDAR DIRI TU) akan teruk diasak dan ditekan oleh sekutu mereka sendiri iaitu "Tetamu Asing" (Pinjam gelaran ini dari TUN) dari DAP kerana mereka akan berpegang kepada apa yang Anwar dan PKR laungkan selama ini dan itu semua akan dijadikan modal oleh mereka untuk menuntut pelbagai perubahan dlm membentuk corak kehidupan sosial yang baru di Malaysia serta merealisasikan cita-cita cawangan "Tetamu Asing" (Lee Kuan Yew)dari Singapura iaitu "MALAYSIAN MALAYSIA". Suka atau tidak Anwar dan lembu-lembunya terpaksa akur dan menurut kehendak “Tetamu Asing” ini kerana “Tetamu Asing” percaya bahawa Anwar dan lembu-lembunya tidak sanggup untuk mengorbankan kuasa yang mereka ada semata-mata untuk menlindungi bangsa. “Tetamu Asing” ini sangat bijak dan mereka percaya bahawa suatu hari nanti apabila jerat mereka mengena bukan sahaja kuasa, malah Malaysia pun mereka akan dapat miliki. Silap haribulan nama Malaysia pun mungkin akan terpadam di dalam peta dunia kerana sudah menjadi perjuangan mereka untuk menghapuskan apa sahaja perkara yang bercirikan MELAYU. Senario ini akan memberi reaksi yang negatif kepada orang-orang melayu yang menyokong UMNO dan sebahagian kecil orang melayu dari Pakatan Rakyat seperti ahli PAS dan Melayu dari PKR. Tidak terkecuali juga pemimpin dan ulama dari PAS yang mungkin akan menyatakan pendirian mereka dengan menentang setiap perkara yang akan menyebabkan orang melayu terpinggir. Maka akan berlakulah perpecahan dalam Pakatan Rakyat itu sendiri. Ketika itu nanti mereka akan berasa TERTIPU oleh perjuangan Anwar dan TERJERAT oleh perangkap DAP. Apa nak buat?, masa itu nanti semuanya dah terlambat. Hati yang terluka sukar untuk dirawat lagi. Ketika itu nanti melayu akan mempertahankan haknya, bukan melayu akan terus mempersoalkan hak orang melayu dan kesannya mungkin boleh menyebabkan orang-orang melayu ini memberontak dan kemungkinan untuk berlakunya peristiwa seperti 13Mei 1969 adalah sangat tinggi. Masa itu nanti negara akan jadi kacau-bilau, darurat akan diumumkan, tetera akan berkawal, ekonomi akan meleset dengan teruk dan rakyat akan kebulur seterusnya Malaysia akan kembali menjadi negara dunia ketiga. Masa itu nanti Anwar dan keluarganya mungkin akan lari ke negara-negara yang sanggup memberi perlindungan kepadanya dan meninggalkan kita terkapai-kapai.

KEMUNGKINAN KEDUA

2. Anwar akan mengkhianati janjinya kepada bukan melayu. Dia akan jadi lupa diri. Anwar akan ditekan pula oleh orang-orang melayu dari PAS. Pembangkang ketika itu iaitu UMNO akan berusaha untuk mencari kelemahan Anwar kerana ketika menjadi pembangkang Anwar hebat mengkritik cara kerajaan BN memerintah. Ini adalah peluang untuk UMNO mengasak Anwar terutamanya berkenaan hak orang melayu dan agama islam. Anwar akan tertekan dan mula membelakangkan janjinya kepada "tetamu asing" DAP. Jika Kemungkinan Pertama terjadi PAS akan memberontak, kali ini pula "Tetamu Asing" pula akan memberontak kerana Anwar telah menipu mereka. Mereka pula akan terasa terjerat dan dipergunakan oleh Anwar selama ini semata-mata untuk mendapat sokongan demi merealisasikan cita-citanya untuk menjadi Perdana Menteri. Kesan dari semua ini adalah sama seperti Kemungkinan Pertama. "Tetamu Asing" tetap akan membantah dan terus mempersoalkan hak orang melayu manakala orang melayu pula akan merasa tercabar maka kemungkinan untuk berlakunya rusuhan kaum tidak dapat dielakkan lagi.

*Kepada semua Rakyat Malaysia semua, tak kiralah MELAYU/CINA/INDIA/PERIBUMI SABAH DAN SARAWAK...sedarlah, cukuplah apa yang ada sekarang. Selama ini kita hidup aman dan tenteram dan janganlah kita memperjudikan keamanan yang telah lama kita sama-sama pelihara semata-mata kerana manusia bernama ANWAR IBRAHIM. Siapa sebenarnya ANWAR IBRAHIM ini??? Adakah dia Nabi?, adakah dia Malaikat?? sehinggakan penyokongnya terlalu taksub kepadanya. Adakah ANWAR IBRAHIM boleh menjanjikan penyelesaian jika kedua-dua kemungkinan tadi terjadi... Dia memang hebat apabila berhujah dan bercakap dan sememangnya sudah terbukti selama ini pun.. sehinggakan pihak luar pun menyokong beliau.. tetapi sudah terbuktikah kebolehan si ANWAR ini dalam mentadbir dan mengurus Negara?.. mungkin dia berkebolehan, tetapi jika kita kaji semula kemungkinan-kemungkinan tadi apakah ANWAR dapat memuaskan hati orang Melayu dan "tetamu asing"?? Kepada "tetamu asing" suka saya ingatkan kepada kamu semua, tidak cukupkah dengan apa yang bangsa "tetamu asing" sudah dapat selama ini.. walaupun dengan usaha sendiri tetapi kalau tidak kerana orang melayu sendiri yang baik hati dan sanggup menerima kamu semua sebagai keluarga dalam Malaysia dulu, kamu semua mungkin tidak akan dapat semua ini... apa lagi hak orang melayu yang kamu nak dituntut lagi?... takkan semuanya nak? sekarang pun orang melayu dah cukup rasa terbogel dengan apa yang telah berlaku. Jika orang melayu ini dikatakan terlalu bergantung kepada kerajaan, apakah tuntutan kamu semua sebagai "tetamu asing" tidak boleh dikira sebagi bergantung kepada kerajaan juga? "tetamu asing" di Malaysia ni ibarat sudah diberikan jalan oleh orang melayu dan terbukti kamu semua berjaya dengan berusaha, jadi teruskanlah berusaha tanpa menuntut itu dan ini. Carilah mana-mana negara yang lebih baik dari Malaysia dlm memberi hak kepada "tetamu asing" mereka. Jika ada, silalah kamu ke sana kerana orang Melayu sama sekali tidak akan menurut apa jua kehendak "tetamu asing" yang cuba untuk menggugat kedudukan mereka. Langkah tepat yang patut kita sama-sama lakukan sekarang adalah merawat kerajaan yang kita ada sekarang. Malaysia diibaratkan mempunyai sebuah landasan keretapi yang baik dan sempurna. Kita sama-sama menaiki keretapi yang cukup selesa dan mewah dan tersangatlah laju. Cuma apa yang kurangnya ialah pemandu dan pembantu kepada pemandu keretapi yang kita naik adalah seorang yang cukup lemah dan tidak cekap. Tiada guna jika mempunyai sebuah keretapi yang cukup laju dan berkuasa tetapi ianya dipandu oleh seorang yang tidak berguna. Jadi sebagai penumpang yang membayar tambang kita berhak untuk mendapat apa yang sepatutnya. Kita perlu sama-sama berusaha untuk mencari dikalangan kita sendiri yang berkebolehan untuk menggantikan pemandu yang lembik itu. WAHAI RAKYAT MALAYSIA, KITA HANYA PERLU MENUKAR PEMANDU KERETAPI SAHAJA KERANA KITA TELAH BANYAK BERKORBAN, MENGHABISKAN BANYAK WANG, USAHA, DAN AIR MATA UNTUK MENDAPATKAN GERABAK KERETAPI YANG KITA ADA SEKARANG. JADI TAK PERLULAH KITA MENUKAR GERABAK YANG ADA KERANA PLATFORM DAN SPESIFIKASINYA SUDAH CUKUP BAIK DAN SEMPURNA, BELUM TENTU GERABAK BARU YANG DI CANANGKAN BOLEH MENEPATI KEHENDAK KITA. KITA HANYA PERLU MENUKAR PEMANDU SAHAJA.